zazril_rezza86

Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa MISDEC '09

10:29 AM
Penulisan kali ini menceritakan perihal warga KEPHAL dalam menggelola sebuah program yg diamnhkan oleh Tuan Hj Zamrud selaku Pengarah Eksekutif MISDEC. walaupn banyak buat mulut yang tidak sedap didengar, namun tahniah diucapkan kepada seluruh keluarga KEPHAL kerana telah berjaya membuatkan student KEPHAL dipandang tinggi (walaupun sedikit) oleh pihak pengurusan MISDEC dan peserta kursus lain. TAHNIAH!!!!



Semua gambar yg dipaparkan adalh sebelum seluruh keluarga KEPHAL membuat persiapan untuk majlis Khatam quran. semua peserta sempat bergambar, dan tidak lupa aku yang bergambar dengan Ust Lokman Abd Rahman, pengarah eksekutif Halal Hub JAKIM dan sebelahnye pula adalah bakal2 eksekutif halal bersama dengan En Aziz wakil drpd LSG sky chef. hehehehe. muslimat jgn marah eee.. sbb tiada dalam gambar.

Gambar ini diambil 1/2 jam sebelum proses persiapan dilakukan. cewaaaahhh.. semua nak bergambar dgn ust lokman, tp gambar yg atas tetap special.. aku personallyy.. dengan ust lokman, jgn jelous kk.. org lain x de..






utk persiapan, cuma gambar aku dgn syuk je yg dpt dimuatkan dlm blog nie.. sbb aku dgn dia je yg buat keje, yg lain x nampak pn, cewahh.. hehehe.. 1 meja smpai 2 org la lap.. bersungguh2 betul budak berdua nie :-) he3x




Semasa program berjalan, tidak banyak photo yg berjaya dikumpulkn, kerana juru photonye lari kemane ntah (Kak Nad kate nk jd,tau2 dia hilang).

Hanya gambar setelah selesai bacaan yasin dan ceramah yg berjaya dimuatkan. hehehehe, kesian quwe.. dh stanby.. tp mse x sempat.. so, kami just bergambar je.. buat mcm dh slesai ceramah. Tp yang paling sedih, n x best, n memang x patut.. x de sorng pn amek gambar MC. sedihnye.. ksian nasib MC mlm tu (malang sungguh dia) :-(



x pe la, wlaupun gambar Mc x de, nasib baik aku lepaskan geram dalam berbuka, n moreh.. kau2 aku amek gambar punye banyak.hahahaha, fairus dh pandai senyum sekarang eeeeee..





Haaaaa... kan aku dh ckp dah.. lepas je habis bacaan yasin tu.. gambar aku jeee.. disebabkan nie blog aku, so aku masuk gamabr aku je la eeee,,, tp dengan kwn2 la.. bkn aku sorang je. hehehhe.. tp syuk dgn lus ni.. sampai x muat la gambar aku,, sbb dorang berdua je dh mkn space yg besar.. hehe, tp gambar aku tetap ada.. :-) n menu pling special.. karipap sejuk n lembikk (hahahahha)





sampai pada mase nie paling x best plak.. gamabr aku satu pn x de.. time berkemas. semua org ade gambar, aku plak yg x de gambar.. aku p mane?? dorang amek gambar x panggil aku.. ksiana aku :-(





ooooo.. gapo.. makan sorang nampak.. x leh jadi nie.. x ckup satu, sampai 4 skali ko nak kebas.. x leh jadi nie.. nak kne report ni. kak zue, knp nmpak mcm tembam?? mkn byk eeee.. yg tdung putijhtu, senyum2, mcm la org nk amek gambar dia (hehehe), kak dian.. bungkus jgn x bungkus.. kak long buat senyum manjee eeee.. senyum utk gapo eeee.. tp syg, gapo x pandang,. hehehee. joke




inilah wjah hero2 hindustan, nie semua muka kenyang n penat, tp control.. sbb depan camera la katakan.. tpp gerammm.. aku x de... gerammmnyeee.. x pe la, aku ade urusan yg perlu diselesaikan. maafkan diriku abang2 n kakak2.. kerana tidak dpt membantu time mengemas.. daku ada urusan yg lebih penting, yg tidak dpt dikongsi bersama :-(



Konklusinya, aik.. dah nak tutup dah?? hhehee.. alhmdlillah, majlis pd mlm itu berjln lancar tanpa ada sebarang msalah yg tidak diingini. tahniah kepada AJK pelaksana yg menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Pesanan buat AJK pelaksana & seluruh keluarga KEPHAL, dengarkan...

andaikata dunia ini adalah tentera neraka, kupasti.. kamu semua dipilih menjadi askar ke syurga .. agar iman2 dikalangan hambanya, menjadi penawar onar dunia... (Fikir2kan, dan selamat beramal)

akhirkata.. rantaian ikatan ramadhan.. penghubung jendela tumbuhnya syawal.. maaf zahir & batin :-)
dari REZZA dan ISTERI



Read On 0 comments

Majlis Berbuka Puasa bersama KAYFAZ

12:24 PM


Pada 5 september yang baru je berlalu.. MISDEC telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama dengan adik-adik yang telah kehilangan orang yang tersayang. mereka ini dari kompleks rumah anak-ayak yatim Fatimah az-Zahra (KAYFAZ). Bersama rakan-rakan KEPHAL.. kami menanti tepat jam 5 petang untuk bertolak dari Bachang. macam2 kerenah kawan aku, malam sebelumnya, baru dok nak beli baju melayu la, ada yang beli capal la, ada yg berpinjam-pinjaman.. heheheh.. itulah bakal2 eksekutif halal. n x lupa.. matlut n syirazi kne tinggal... hehehehe.. disebabkan dorang terlalu lma menyoping.. ptg tu (pkul 3 bru kuar shoppinggg..) he3.. kan dh kne tinggal..




Dalam gambar ni... geng yg naik kembara gapo n kancil aku.. cari yg mane aku?.. tentulah yg berbaju purple tu.. hehehee, ade nampak?? ini time baru sampai.. yang kelakarnye.. sebenarnya.. majlis dh start.. yg kami ni dok boleh bergambar2 plak.. hahahaha.. sampai dkt pkul 6 la kami bru masuk.. itupun quwe.. yg ditugaskan bace doa.. sampai2, trus kne panggil.. hehehe.. itu lah kerenah geng KEPHAL 09..




hehehehe.. memang best,, bdk2 halal.. semua buat kepala sendiri. tp yg paling best.. mestilah dengan adik-adik dr KAYFAZ.. walaupun sekejap.. tp bermakna.. aku cuba untuk fhm perasaan adik2 nie.. bla tgok dorng buat prsembhan.. kegembiraan yg terpacar dimuka mreka.. belum tentu.. dalam hati mereka ada cahaya yg sama.. sebelum2 nie pn aku dh pnah libatkn dri dlm progrm mcm nie.. alngkh bermaknenye.. klau dpt luangkn lebih mse dgn mreka..



gambar yg sebelah nie.. semua akak2 KEPHAL.. pada awalnya yg malu2 bergambar... ewah3, malu yeee.. tegok lepas je solat maghrib.. semua laju bergambar... mne ntah dorang hilang... silap2, dkt swiming pppooll tu pn dorang amek gambar.. hehehehe.. x pe la.. bukannye haram amek gambar.. kecualila guna fatwa arab saudi.. hehehehe.. ewah2.. tertunduk2 kak zuhaila, cover la tu eeee... yg sbelah dia tu pn same.. kak nadiah.. mentang2 tengah eeee.. tegak je... tp tetap maintainn CUTE (mcm Mika, he3x). kak long.. tersenyum manje.. kak aiwa (hehehehe) sape call tuu.. n kak zai... perasan comeiii la tu.. hehehee.. sory.. just joke.. jgn amek hati ye.. akak2 semua.. yg lain.. x tersebut nama... sbb x pandang kamera.. sape suruh.. kan dh terlepas dlm list.. hehehee.. kkk.. go, go student KEPHAL.. semuanya sempoiii...

Tp.. malam ini dalam sejarah... suatu kenangan terlakar di HOTEL WATER CITY RESORT... seumur hidup aku x pnah dpt cabutan bertuah.. malam tu, aku tersenarai antara 3 orang yg bertuah daripada beratus2 hamba Allah yg dtg.. hehehehe.. masin mulut Faizal.. tp sedihnya.. dr sebesar2 hamper tu.. aku cuma dapat segelas air grape.. n apolo je korang bg dekat aku.. x patut.. memang x patut.. nk kate bertuah ke, malang??? tp x pe la.. utk kwn2 trsayang.. aku sanggup korbankn hamper.. hahahahaha... tp kesian kakak2.. terniat nak kongsi hamper tu.. tp, tinggal bakul n plastik dia.. klau nak.. bleh la.. ade je lg kat rumah sewa nie.. hehehehe..

Selesai majlis, kami semua berjemaah, solat isyak n tarawih yg dipimpin oleh imam Mohd Lutfi B Jamel, Imam 2 Ikhwan b daud, dan bilal Abd Ghaffar.. n lepas tu.. semua bwa haluan masing2...

Akhir kata, aku tetap aku, aku tetap berdiri.. selagi mana kakiku masih terdaya, menongkah usia.. dikala waktu remajaku.. bergelumang dengan dosa. Tatkala, suara2 sinis mula berbicara.. keburukan insan dimata dunia.. mencerca, menghina, mentertawa.. insan yg bergelar anak muda.

Namun aku tetap disini, mencari titik noktah dalam hidup.. berbekalkan secamca kasih ilahii.. dipauti dengan kotoran dosa-dosa.. untuk mencari setitis embunn.. yang bernama... SYURGAWII..

Hehehehe, itu ayt sendiri.. klau x fhm, buat2 faham la yee.. maaf kepada abg2, kakak2.. klau penulisan ini mengguris hati dn perasaan semua warga KEPHAL... semoga.. ukhwah kta semua akan sentiasa terjalin.. n aku.. memang poyoooo.. (trima dgn hati yg rela.. org ckp aku poyo..) hahahaha.. aslmkm. bye :-)






Read On 0 comments

OSHA (Occupational Safety Health Act)

7:32 PM

OSHA merupakan suatu peraturan yang penting dalam industri dalam memastikan safety.. dari apa jua bentuk HAZARD yang akan berlaku.

Itulah yang aku n the geng belajar.. selama 3 hari.. bidang yang lain dri apa yg aku belajar di Universiti.. but very intresting.. hehhee.. sbb cik razali berjaya menarik minat aku terhadap subject ini.. banyak tugasan yang diberikan.. hari pertama, kenalpasti bentuk hazard yang ada... hari kedua, memastikan rating hazard n cara mengatasi, n te last day.. JSA (Job Safety Anylss).. yang ni. memang banyak tugas.. hahahaha.. tp memang best.. dok dlm group.. hahhahaha.. dok tgok gelagat kawan2 semua.. n second day.. aku malu juga la.. group lain x de present.. group aku yang ia2... semua ini angkara GAPOOO... (Pakwe aishah) hehehehhee... Just joke

mybe next week baru ade lg subject nie. tp bla subjct ni.. aku suka bg tumpuan.. n gelakkan orang.. (jahatnya aku.. wlaupun berpuasa) kkk.. suatu ilmu baru for my life... k.. good dayyy..
Read On 0 comments

isu dikongsi bersama... HALAL or HARAM?? SYUBHAH???

9:12 PM
Isu untuk dikongsi bersama seluruh pengguna Islam di Malaysia yang menyentuh tentang sensiteviti pengguna Islam. kes berlaku di sebuah daerah Perak berkaitan proses penyediaan Udang Geragau Anjing... yang penuh dengan kesangsian...

Kehadiran anjing peliharaan sebuah pengusaha ini menjadi isu yang harus diketengahkan dan diceritakan kepada masyarakat dan pengguna Islam khususnya.

Kelihatan seekor daripada anjing membuang air kecil dengan bergaya yang hampir dengan jemuran udang geragau... adakah anda masih berani?? sama2 kta perjuangkan hak sebagai pengguna Islam...


Fikirkanlah wahai sahabat-sahabat.... semuanya ini menyentuh sensitiviti pengguna Islam..

sumber : http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com

Read On 0 comments

bahaya FLORIDA

8:06 AM


APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

Sumber: muslimconsumer


Read On 0 comments

persijilan Halal kembali ke JAKIM

8:59 AM


Pada 17 April 2008, Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) telah memperlihatkan kesan yang meluas. Namun, berkuat kuasa 10 Julai 2009 persijilan halal ini dikembalikan atas kelolaan JAKIM kerana dunia halal dilihat merupakan suatu dunia yang perlu diterajui dengan baik dan penuh ketelusan.


Standard atau piawaian MS:1500-2004 juga kini dalam proses pembaharuan untuk dinaik taraf dibawah standard MS;1500-2009. Ia dilihat mampu untuk menguatkuasakan syariah dalam kehidupan khususnya di dalam industri Food Technology.


(Sumber : Kursus Eksekutif Halal)


Read On 0 comments

KEPHAL (Kursus Eksekutif Produk Halal)

9:25 AM

HALAL GLOBAL merupakan consultan yang bertangungjawab dalam melahirkan eksekutif produk Halal di Malaysia. peranan yang hampir sama turut dimainkan oleh HDC (Halal Industry Development Corporation). peranan yang dimainkan oleh HALAL GLOBAL tidak menjadi isu yang ingin diperkatakan. sebaliknya, kursus yang di kelolai oleh MISDEC ini pada awalnya dilihat membuka mata seluruh peserta kursus KEPHAL.

Namun terdapat beberapa salah faham terhadap beberapa perkara yang bercanggah dengan makluman awal sebelum peserta tiba di
MISDEC melaka Industrial Skills Development Center . Persoalannya.. adakah akan terdapat lagi perkara yang tidak diingini oleh penuntut, sedangkan pada awalnya pihak penganjur menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada sekarang. perkara ini yang menjadi tandatanya kepada peserta. adakah semua ini ujian dalam usaha untuk memartabadkan HALAL di Malaysia. Sekiranya semua ini ujian, diharap perserta KEPHAL tabah menghadapinya. sekiranya sebaliknya, sama-sama semua pihak ambil ia sebagai renungan..

p/s: Tabahkan hati wahai peserta KEPHAL... kebenaran sememangnya pahit.
Read On 0 comments

Kenangan Haram House

1:18 AM

2 all my friend... 3 years kta dok hbiskan masa sama2.. banyak kenangan.. asal balik rumah je.. Braann.. balik dr kelas Braann... he.. Klau 1 minggu ada 168 jam.. 100 jam adalah mase utk Braann.. hehe. lepas ni dh x de semua nie lg.. semua dgn life masing.. ada yg continue study.. ada yg kumpui duit.. ada yg kursus.. n mcm2 lagi.. ape2 pn.. THANKS kepada sesiapa yg pernah jadi warga Halal Haram House (Acap, A.j, Rezza, Abg Ie, Im, Napi, Al, Pakcan, Topek, Mat Lut, Ameen, Shahrer, Hamdan n Faiz) all the best 2 u guyzzzz... :-(

p/s :
Braannn (Hanya Halal Haram House je yg Faham)
Read On 0 comments

amaran buat Ancelotti

1:02 AM

LONDON: Carlo Ancelotti memulakan tugasnya di Chelsea minggu ini dengan Luiz Felipe Scolari, jurulatih Brazil yang dipecat pada pertengahan musim lalu, memberi amaran bahawa kuasa pemain cukup luas di kelab Liga Perdana dan itulah yang memperkecilkan kuasanya ketika tempoh singkatnya di Stamford Bridge.

Scolari bertahan hanya tujuh bulan di kelab barat London itu berikutan pelantikan berprofil tingginya setahun lalu, dengan bekas jurulatih kebangsaan Portugal dan Brazil itu melihat keputusan merudum di atas padang dan keyakinan ke atas keupayaannya merosot di bilik persalinan.

Trio pemain senior - Didier Drogba, Petr Cech dan Michael Ballack - berjumpa dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich, mengenai corak pengurusan dan latihan jurulatih Brazil itu tatkala prestasi pasukan semakin merosot, dengan Scolari menyebut tiga pemain itu sebagai penyebab kepada pemergian awalnya.
Read On 0 comments
Read On 0 comments
Powered By Blogger

Blogger

Blogger

ahlul_bait

ahlul_bait

company of LIFE

company of LIFE

VVIP, VIP, IP, P...


Tanyalah USTAZ

  • 1 Malaysia - Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke ma...
    14 years ago
  • Talfiq : Haram Atau Harus? - *Talfiq* Dewasa ini amalan bertalfiq dilihat semakin berleluasa. Terdapat banyak faktor terjadinya perkara sedemikian yang antara lain berpunca daripada...
    14 years ago
  • KENANGAN BERSAMA TEMAN-TEMAN - SAHABAT HALAL HARAM HOUSE'S SAHABAT JABATAN FIQH DAN USUL ASSALAMU`ALAIKUM... Buat semua sahabat yang ana sayangi dan rindui, ana ingin menyusun sepuluh ...
    14 years ago

Followers

HPA World

ChelseaFC Update