zazril_rezza86

isu dikongsi bersama... HALAL or HARAM?? SYUBHAH???

9:12 PM
Isu untuk dikongsi bersama seluruh pengguna Islam di Malaysia yang menyentuh tentang sensiteviti pengguna Islam. kes berlaku di sebuah daerah Perak berkaitan proses penyediaan Udang Geragau Anjing... yang penuh dengan kesangsian...

Kehadiran anjing peliharaan sebuah pengusaha ini menjadi isu yang harus diketengahkan dan diceritakan kepada masyarakat dan pengguna Islam khususnya.

Kelihatan seekor daripada anjing membuang air kecil dengan bergaya yang hampir dengan jemuran udang geragau... adakah anda masih berani?? sama2 kta perjuangkan hak sebagai pengguna Islam...


Fikirkanlah wahai sahabat-sahabat.... semuanya ini menyentuh sensitiviti pengguna Islam..

sumber : http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com

Read On 0 comments

bahaya FLORIDA

8:06 AM


APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.
Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

Sumber: muslimconsumer


Read On 0 comments

persijilan Halal kembali ke JAKIM

8:59 AM


Pada 17 April 2008, Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) telah memperlihatkan kesan yang meluas. Namun, berkuat kuasa 10 Julai 2009 persijilan halal ini dikembalikan atas kelolaan JAKIM kerana dunia halal dilihat merupakan suatu dunia yang perlu diterajui dengan baik dan penuh ketelusan.


Standard atau piawaian MS:1500-2004 juga kini dalam proses pembaharuan untuk dinaik taraf dibawah standard MS;1500-2009. Ia dilihat mampu untuk menguatkuasakan syariah dalam kehidupan khususnya di dalam industri Food Technology.


(Sumber : Kursus Eksekutif Halal)


Read On 0 comments

KEPHAL (Kursus Eksekutif Produk Halal)

9:25 AM

HALAL GLOBAL merupakan consultan yang bertangungjawab dalam melahirkan eksekutif produk Halal di Malaysia. peranan yang hampir sama turut dimainkan oleh HDC (Halal Industry Development Corporation). peranan yang dimainkan oleh HALAL GLOBAL tidak menjadi isu yang ingin diperkatakan. sebaliknya, kursus yang di kelolai oleh MISDEC ini pada awalnya dilihat membuka mata seluruh peserta kursus KEPHAL.

Namun terdapat beberapa salah faham terhadap beberapa perkara yang bercanggah dengan makluman awal sebelum peserta tiba di
MISDEC melaka Industrial Skills Development Center . Persoalannya.. adakah akan terdapat lagi perkara yang tidak diingini oleh penuntut, sedangkan pada awalnya pihak penganjur menjanjikan sesuatu yang lebih baik daripada sekarang. perkara ini yang menjadi tandatanya kepada peserta. adakah semua ini ujian dalam usaha untuk memartabadkan HALAL di Malaysia. Sekiranya semua ini ujian, diharap perserta KEPHAL tabah menghadapinya. sekiranya sebaliknya, sama-sama semua pihak ambil ia sebagai renungan..

p/s: Tabahkan hati wahai peserta KEPHAL... kebenaran sememangnya pahit.
Read On 0 comments
Powered By Blogger

Blogger

Blogger

ahlul_bait

ahlul_bait

company of LIFE

company of LIFE

VVIP, VIP, IP, P...


Tanyalah USTAZ

  • 1 Malaysia - Di wajah suci anak-anak ini ku lihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Ke ma...
    14 years ago
  • Talfiq : Haram Atau Harus? - *Talfiq* Dewasa ini amalan bertalfiq dilihat semakin berleluasa. Terdapat banyak faktor terjadinya perkara sedemikian yang antara lain berpunca daripada...
    14 years ago
  • KENANGAN BERSAMA TEMAN-TEMAN - SAHABAT HALAL HARAM HOUSE'S SAHABAT JABATAN FIQH DAN USUL ASSALAMU`ALAIKUM... Buat semua sahabat yang ana sayangi dan rindui, ana ingin menyusun sepuluh ...
    14 years ago

Followers

HPA World

ChelseaFC Update